KLIA, KLIA2 dijenamakan sebagai KLIA Terminal 1, Terminal 2
Berita

KLIA, KLIA2 dijenamakan sebagai KLIA Terminal 1, Terminal 2

5/5 - (1 vote)

WhatsApp Image 2023 02 09 at 1.50.14 PM

PUTRAJAYA- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 akan dijenamakan semula sebagai KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2 untuk mencapai nilai lebih tinggi dalam perkhidmatan pemasaran di lapangan terbang itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kabinet turut bersetuju dengan cadangan penjenamaan semula itu kerana ia dilihat dapat mengukuhkan persaingan dengan lapangan terbang antarabangsa serantau.

“Cadangan menandatangani OA 2023 antara kerajaan dan MAHB serta cadangan penjenamaan semula KLIA dan KLIA2 memainkan peranan penting dalam menentukan kemampanan KLIA selain pertumbuhan lapangan terbang di seluruh negara.

“Pelaksanaan itu diharap dapat membantu meningkatkan daya saing global perkhidmatan pengangkutan udara negara serta memulihkan sektor penerbangan demi manfaat dan kesejahteraan rakyat berdasarkan gagasan Madani Malaysia,” katanya pada majlis sidang media di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Anthony berkata, rangka kerja perjanjian operasi (OA) baharu antara kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan mengubah landskap industri penerbangan negara.

Katanya, ia akan membantu syarikat penerbangan beroperasi dengan lebih cekap sekali gus mengurangkan beban pengguna melalui penurunan harga tiket.

“Keputusan Kabinet pada 2 Februari bersetuju secara prinsip dengan syarat baharu perjanjian itu memberikan MAHB konsesi untuk mengendalikan, mengurus, menyelenggara dan membangunkan 39 lapangan terbang dan landasan terbang sehingga tahun 2069.

“Perjanjian itu akan dimuktamadkan dan ditandatangani selewat-lewatnya sebelum penghujung suku pertama tahun ini,” jelasnya.

Katanya, syarat baharu di bawah OA 2023 membolehkan kerajaan dan MAHB melaksanakan pelan pembangunan komersial yang lebih berdaya saing dan berpotensi meningkatkan pendapatan kerajaan melalui perkongsian hasil di atas tanah milik kerajaan yang dibangunkan MAHB.

“Dengan pelaksanaan konsep subsidi silang, semua aspek pengurusan dan penyelenggaraan 17 STOLports yang menjadi tanggungjawab sosial kerajaan ketika ini akan terus dipertanggungjawabkan kepada MAHB sehingga tahun 2069.

“Pelaksanaan OA 2023 juga akan membolehkan MAHB merancang pelan pembangunan jangka panjang yang lebih baik untuk semua lapangan terbang di bawah seliaannya,” jelasnya. – COSMO! DALAM TALIAN

Jawatan KLIA, KLIA2 dijenamakan sebagai KLIA Terminal 1, Terminal 2 muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Zambry: Malaysia menghantar 70 anggota SMART bagi membantu usaha mengesan mangsa gempa bumi di Turki

info

Sharifah Hasidah: S’wak amat menitikberatkan pendidikan awal kanak-kanak

info

Keluarga itu terkejut, mereka tidak percaya Azie selamat

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy