Jumlah mangsa banjir di Johor semakin meningkat
Berita

Jumlah mangsa banjir di Johor semakin meningkat

5/5 - (1 vote)

IMG 20230303 WA0159

IMG 20230303 WA0159

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 37,528 orang daripada 10,792 keluarga yang ditempatkan di 240 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu meningkat berbanding 37,322 orang daripada 10,793 keluarga yang ditempatkan di 238 PPS pada pukul 8 pagi tadi.

Beliau berkata Segamat masih menjadi daerah paling terjejas dengan 12,900 mangsa daripada 3,783 keluarga, diikuti Batu Pahat dengan 7,830 mangsa, Kluang (5,283) dan Kota Tinggi (3,283).

“Turut terjejas ialah Muar (3,278), Tangkak (2,661), Mersing (964), Johor Bahru (699) dan Pontian (358). Enam PPS yang dibuka di Kulai sebelum ini telah ditutup sejak semalam selepas daerah itu pulih sepenuhnya daripada banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, jumlah mangsa banjir di negeri ini ialah empat orang iaitu satu kes di Kluang dan tiga di Segamat.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan kebanyakan negeri berada di bawah amaran hujan berterusan, manakala Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian menunjukkan amaran amaran.

Sebanyak 16 sungai telah merekodkan tahap bahaya di enam daerah dengan Batu Pahat membabitkan lima sungai, Segamat (empat), Muar (tiga); Kota Tinggi (dua) dan Kluang (satu).

Sebanyak 77 jalan terjejas banjir iaitu 28 jalan di Kota Tinggi, Segamat (23), Kluang (11), Mersing (enam), Batu Pahat (enam), Tangkak (dua) dan Johor Bahru (satu). – UTUSAN

Jawatan Jumlah mangsa banjir di Johor semakin meningkat muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Jangan guna masjid, surau untuk kempen PRN -Sultan Selangor

info

Walaupun mahal, umat Islam tetap pergi umrah

info

Polimiksin disenaraikan sebagai bahan terlarang dalam perubatan veterinar

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy