Walaupun mahal, umat Islam tetap pergi umrah
Berita

Walaupun mahal, umat Islam tetap pergi umrah

5/5 - (1 vote)

1cf612ba 1947 4402 9cac 9be4a4251dcc
FARID AHMAD TARMIJI e1596030274988
FARID AHMAD TARMIJI, WARTAWAN EKSEKUTIF.

SEBAGAI seorang Muslim, umrah adalah satu ibadah yang dituntut dalam Islam jika berkemampuan.

Selepas urusan menunaikan ibadat tergendala akibat pandemik Covid-19, kini pintu sempadan dibuka semula dan umat Islam dari seluruh dunia tidak mahu melepaskan peluang untuk ke Tanah Suci.

Bagaimanapun, berikutan permintaan untuk menunaikan ibadah haji yang semakin meningkat, pakej umrah juga dilihat meningkat mendadak sejak kebelakangan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn. Bhd.(THTS), Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, pakej umrah ini merupakan pasaran bebas dan kenaikan harga sukar dikawal.

Menurutnya, punca utama kenaikan harga adalah tiket penerbangan dan penginapan.

“Harga tiket penerbangan dari syarikat luar negara meningkat, justeru harga pakej umrah juga terpaksa dinaikkan.

“Malah, bukan itu sahaja, terdapat juga syarikat pelancongan yang memonopoli tiket penerbangan ke Tanah Suci,” katanya.

Tambahnya, ia bukan dilakukan oleh pengusaha umrah, sebaliknya syarikat pelancongan biasa kerana mereka juga berhak membeli tiket penerbangan dan menjualnya semula.

Ahmad Ruzman berkata, kenaikan harga ini juga disebabkan kos penginapan yang mana pemilik hotel menaikkan harga apabila melihat permintaan tinggi terhadapnya.

Sebelum pandemik Covid-19, syarikat pengendali umrah boleh ‘mengunci’ harga selama enam bulan hingga setahun dengan pemilik hotel.

Tetapi kini, tempoh paling lama untuk menetapkan harga dengan pemilik hotel di sana hanya dua bulan.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tour Sdn. Bhd., Datuk Md Daud Che Ngah berkata, dalam keadaan sekarang, tiada cara untuk menurunkan kos umrah.

Menurutnya, dari sudut kenaikan harga ini, kita perlu memahami suasana di Arab Saudi.

“Sebagai contoh, hotel di sana tidak menerima jemaah selama dua tahun kerana penularan wabak Covid-19 dan menyebabkan mereka tiada pendapatan, manakala ejen yang memajak hotel itu terpaksa beroperasi walaupun tiada pelanggan.

“Justeru, agak sukar untuk menurunkan harga penginapan di sana dan apa yang boleh kita lakukan ialah meminta harga yang tidak berubah oleh pemilik hotel,” katanya.

Selepas ibadah umrah dibenarkan dilakukan semula, Md.Daud juga mendapati hampir dua kali lebih ramai jemaah ke Tanah Suci dan beliau perlu mencari kapal terbang untuk menghantar pelanggan.

Dari sudut penerbangan, harga akan naik kerana selepas dua tahun tidak beroperasi dan apabila pesawat yang ingin terbang semula memerlukan penyelenggaraan yang memerlukan kos tertentu. Ini juga menjejaskan peningkatan.

Apabila bekalan rendah, semasa permintaan tinggi, harga pasti akan naik.

Malah, pelanggan yang telah membuat tempahan tidak akan berundur dan mereka sanggup membayar harga yang tinggi.

Jika mereka melambatkan perjalanan ini, mungkin harga di masa hadapan akan meningkat.

Jawatan Walaupun mahal, umat Islam tetap pergi umrah muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Sisa besi yang disimpan di luar kilang di Sejingkat terbakar

info

Wanita di Sibu tersangkut tangan dalam mixer

info

Peramah, siapa peluk Sophia AlBarakbah?

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy