
KOTA BHARU – Seramai 19 lelaki ditahan ketika sedang bermain sabung ayam dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Kampung Pauh, Badang di sini semalam.
Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 66 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira jam 8.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, dalam serbuan, kesemua lelaki terbabit didapati melakukan kegiatan sabung ayam dan pemeriksaan lanjut menemui lapan ekor ayam laga dan enam sangkar.
“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,522 yang dipercayai digunakan sebagai wang pertaruhan dalam aktiviti sabung ayam. Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Rosdi berkata, kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – KOSMO! DALAM TALIAN
Jawatan 19 lelaki ditahan ketika sedang bersabung ayam di hadapan rumah mereka muncul pertama kali pada Kosmos Digital.
KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL