Polimiksin disenaraikan sebagai bahan terlarang dalam perubatan veterinar
Berita

Polimiksin disenaraikan sebagai bahan terlarang dalam perubatan veterinar

5/5 - (1 vote)

noor hisham 2

noor hisham 2 scaled

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan semua polimiksin sebagai bahan terlarang dalam produk perubatan veterinar untuk spesies sasaran di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-381 yang diadakan pada 2 Februari lalu.

Beliau berkata, larangan itu bagaimanapun tidak membabitkan produk perubatan veterinar yang mengandungi Polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal.

“Pembatalan pendaftaran produk perubatan veterinar berdaftar yang mengandungi Polymyxin E (Colistin) berkuat kuasa serta-merta, dan pengilangan, pengimportan dan pembekalan produk itu tidak dibenarkan serta-merta.

“Pemegang Pendaftaran Produk dibenarkan menggunakan stok sedia ada di pasaran dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat pembatalan produk.

“Penolakan permohonan pendaftaran baharu produk ubat veterinar yang mengandungi Polymyxin (kecuali Polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal) berkuat kuasa serta-merta,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan juga tidak mempertimbangkan permohonan pendaftaran semula produk ubat veterinar yang mengandungi polimiksin (kecuali polimiksin B).

Dr Noor Hisham berkata, pendaftaran produk ubat veterinar sedia ada yang mengandungi polimiksin B dalam bentuk sediaan topikal dikekalkan.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Kawal Selia Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) sentiasa memastikan semua produk farmaseutikal termasuk ubat veterinar yang dibekalkan di Malaysia dinilai dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

“Penilaian manfaat risiko dijalankan secara berterusan berdasarkan data terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Katanya, Polymyxin terutamanya Polymyxin E (Colistin) berpotensi untuk disalahgunakan dalam makanan haiwan sebagai penggalak tumbesaran.

Dr Noor Hisham berkata, penggunaan meluas Polymyxin E (Colistin) boleh menyumbang kepada ketahanan antimikrob (Antimicrobial Resistance, AMR).

Polimiksin (seperti Polymyxin E (Colistin) dan Polymyxin B) dikategorikan sebagai Antimikrobial Kritikal Penting oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan Lampiran 1 Penerbitan WHO Antimikrobial Kritikal Penting untuk Perubatan Manusia.

Seterusnya, polimiksin dikategorikan sebagai keutamaan tertinggi berdasarkan Jadual 2: Keutamaan antimikrobial yang dikategorikan sebagai “Penting Secara Kritikal” dalam perubatan manusia kerana ia telah memenuhi semua faktor keutamaan. – UTUSAN

Jawatan Polimiksin disenaraikan sebagai bahan terlarang dalam perubatan veterinar muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Harga lantai pakej umrah ekonomi bermula pada RM7,800

info

Pengguna meminta petua untuk ‘mengikat perut’ selepas membeli kereta baharu

info

Agong menyatakan hasrat untuk memandu di Lebuhraya Pan Borneo

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy