Bot menangkap ikan bilis di kawasan larangan ditahan
Berita

Bot menangkap ikan bilis di kawasan larangan ditahan

5/5 - (1 vote)

IMG 20230209 WA0011

IMG 20230209 WA0011

LANGKAWI: Sebuah bot nelayan tempatan kelas A ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama empat anak kapal kerana menangkap ikan bilis di kawasan tidak dibenarkan di sini semalam.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, bot berkenaan ditahan pada kedudukan kira-kira 0.2 batu nautika selatan Pulau Beras Basah pada jam 1 tengah hari.

“Bot nelayan itu dikendalikan tekong bersama tiga anak kapal yang kesemuanya warga tempatan berumur antara 25 hingga 57 tahun. Mereka dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Romli berkata, bot berkenaan turut melanggar syarat sah lesen apabila didapati dikendalikan oleh orang lain selain pemiliknya dan kes terbabit disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

Tambahnya, Maritim Malaysia akan terus memantau dan memastikan perairan negara terkawal daripada sebarang pelanggaran undang-undang termasuk aktiviti menangkap ikan tanpa permit, pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri makanan laut di perairan Malaysia dan jenayah maritim lain.

Beliau turut menyeru masyarakat maritim tempatan yang mempunyai maklumat mengenai kesalahan jenayah di laut supaya melaporkan kepada Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau MERS 999. –UTUSAN

Jawatan Bot menangkap ikan bilis di kawasan larangan ditahan muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Namgoong Min, Jin Ahreum akan berkahwin minggu depan

info

Pemaju hartanah meminta untuk merebut peluang yang timbul daripada kemajuan pesat Miri

info

Mahkamah: 10 pengundi Parlimen Gombak gagal merayu kes saman Azmin

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy