SELEPAS tujuh tahun bercinta dan mengenali hati budi masing-masing, kini tiba masanya untuk pasangan pelakon Namgoong Min dan Jin Ahreum melangkah ke pintu gerbang untuk melangsungkan perkahwinan.
Memetik laporan media tempatan, pasangan itu dijadualkan melangsungkan perkahwinan peribadi bulan depan di Hotel Shilla di Seoul.
“Majlis perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada 7 Oktober (Jumaat) depan.
“Majlis juga akan diserikan dengan kehadiran pengacara terkenal Korea, Jung Moon-sung sebagai pengacara majlis,” katanya.
Selepas berita itu diumumkan, rata-rata peminat kedua-dua selebriti tidak putus-putus mengucapkan tahniah di laman sosial mereka