Elvina Mohamad sedang hamil anak kedua di Tokyo Disneyland

Elvina Mohamad sedang hamil anak kedua di Tokyo Disneyland

5/5 - (1 vote)

elvina anak kedua

PETALING JAYA – Keluarga kecil pelakon Datin Elvina Mohamad bersama suaminya yang sebelum ini dikurniakan seorang lelaki bakal dikurniakan kehadiran insan baharu tidak lama lagi.

Elvina, 28, mengumumkan berita gembira itu menerusi perkongsian di Instagram ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama suaminya, Datuk Haniff Borhan dan anak mereka, Karl Mateen.

“Kami tidak sabar untuk bertemu ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO (bayi nombor dua),” tulisnya ringkas.

Perkongsian di Instagram menunjukkan pelakon drama Takdir Cinta Dhia itu bergambar bersama suami dan anak berlatarbelakangkan mercu tanda taman tema itu.

Suami dan anaknya kelihatan gembira memegang perut Elvina yang menampakkan bentuk ‘baby bump’.

Catatan yang dikongsikan pelakon itu mendapat perhatian ramai rakan artis dan peminat yang mengucapkan tahniah atas kehadiran orang baharu dalam keluarganya.

Terdahulu sekitar tahun 2021, aktres itu pernah meluahkan kebimbangan untuk hamil semasa pandemik memandangkan virus Covid-19 ketika itu sangat meruncing sehingga melibatkan banyak kes kematian ibu hamil.

Untuk rekod, Elvina berkahwin dengan Haniff pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan anak sulung, Karl Mateen, empat tahun. – COSMO! DALAM TALIAN

Jawatan Elvina Mohamad sedang hamil anak kedua di Tokyo Disneyland muncul pertama kali pada Kosmos Digital.



KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL