1 maut selepas lelaki bersenjata menyerang hendap pemain bola sepak sekolah menengah di Philadelphia
Berita

1 maut selepas lelaki bersenjata menyerang hendap pemain bola sepak sekolah menengah di Philadelphia

Rate info.4d5d6d.com

WhatsApp Image 2022 09 28 at 9.50.54 AM
Seorang pemain bola sepak terbunuh dalam satu tembakan di luar sebuah sekolah tinggi Pennsylvania pada hari Selasa.

WASHINGTON: Seorang pemain bola sepak terbunuh dan tiga lagi cedera selepas lelaki bersenjata menyerang hendap mereka di luar sebuah sekolah tinggi di Philadelphia, negeri Pennsylvania, AS, petang Selasa.

Kejadian tembakan berlaku sekitar 4.30 petang waktu tempatan di luar Sekolah Tinggi Roxborough, dilaporkan selepas perebutan bola sepak berakhir, lapor Xinhua.

Polis berkata, para pemain sedang berjalan keluar dari padang apabila penumpang sebuah kenderaan menyerang hendap mereka.

Pegawai mendapati dua remaja berusia 14 tahun, 17 tahun, dan seorang lagi mangsa mengalami luka tembak, menurut maklumat awal pihak berkuasa.

Mangsa telah dibawa ke hospital. Seorang daripada kanak-kanak berusia 14 tahun itu, seorang lelaki, disahkan meninggal dunia kemudian.

Tiada tangkapan dibuat.

Hampir 33,000 orang, termasuk lebih 1,200 kanak-kanak dan remaja, telah meninggal dunia di seluruh Amerika Syarikat akibat keganasan senjata api setakat tahun ini, menurut Arkib Keganasan Senjata. – BERNAMA

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Tiada akta khusus, susah nak pantau Airbnb di Melaka

info

Penganggur dituduh membunuh warga emas

info

150 PBT menerima Geran Pemangkin Bandar Karbon Rendah

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy