
WASHINGTON: Seorang pemain bola sepak terbunuh dan tiga lagi cedera selepas lelaki bersenjata menyerang hendap mereka di luar sebuah sekolah tinggi di Philadelphia, negeri Pennsylvania, AS, petang Selasa.
Kejadian tembakan berlaku sekitar 4.30 petang waktu tempatan di luar Sekolah Tinggi Roxborough, dilaporkan selepas perebutan bola sepak berakhir, lapor Xinhua.
Polis berkata, para pemain sedang berjalan keluar dari padang apabila penumpang sebuah kenderaan menyerang hendap mereka.
Pegawai mendapati dua remaja berusia 14 tahun, 17 tahun, dan seorang lagi mangsa mengalami luka tembak, menurut maklumat awal pihak berkuasa.
Mangsa telah dibawa ke hospital. Seorang daripada kanak-kanak berusia 14 tahun itu, seorang lelaki, disahkan meninggal dunia kemudian.
Tiada tangkapan dibuat.
Hampir 33,000 orang, termasuk lebih 1,200 kanak-kanak dan remaja, telah meninggal dunia di seluruh Amerika Syarikat akibat keganasan senjata api setakat tahun ini, menurut Arkib Keganasan Senjata. – BERNAMA