Bukan kapitalis, rumah sewa adalah satu keperluan!

Bukan kapitalis, rumah sewa adalah satu keperluan!

Rate info.4d5d6d.com

PETALING JAYA – Sentimen sesetengah pihak suatu ketika dahulu mengenai pembelian hartanah untuk tujuan sewa sebagai pemodal, mungkin sudah tidak relevan untuk dilaungkan.

Isu kesukaran pelajar universiti di Shah Alam untuk mendapatkan rumah sewa baru-baru ini sudah cukup membuktikan bahawa kenyataan di atas hanyalah pendapat mereka yang buntu.

Pelabur hartanah yang juga Pensyarah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr Azizul Azli Ahmad menerusi perkongsian di Facebook berkata, rumah sewa kini sudah menjadi satu keperluan.

“Bila beli rumah sewa, ada yang kata kamu kapitalis, ambil hak orang lain dan macam-macam tuduhan menghina. Sepatutnya di setiap daerah dan pedalaman.

“Selagi ada sekolah, hospital, pejabat kerajaan, memang ada permintaan sewa. Hakikatnya, bila belajar, mula kerja, kahwin, pindah kerja, semua itu memerlukan rumah untuk disewa,” katanya.

Beliau juga berkata, pelaburan hartanah untuk sewa juga merupakan salah satu cara membantu menyelesaikan masalah kehidupan orang lain.

“Bukan semua orang yang berkahwin mampu beli rumah. Ada modal sikit, kumpul duit, beli rumah dan sewakan. Peduli apa orang kata.

“Takkan nak beli rumah banglo sewa, bayar RM5,000 sebulan, sewa RM500 sahaja? Kerja gila.

Tambahnya, pendapatan sewa juga boleh digunakan sebagai sumber pendapatan dan kewangan apabila perlu.

“Kalau anak nak sambung belajar, duit sewa boleh tampung pelajaran. Simpan dan bina harta yang baik untuk keluarga,” katanya. – COSMO! DALAM TALIAN





BACA SUMBER ARTIKEL