LIMA tahun lalu apabila drama Goblin mencipta fenomena di seluruh dunia, runut bunyi asal turut mencipta keajaiban serupa, termasuk Crush’s Beautiful.
Lagu itu berjaya. malangnya populariti yang diraih membuatkan Crush enggan menyanyikan lagu sendiri.
Semuanya kerana derhaka kerana hala tuju muzik yang dipilih sangat berbeza dengan genre lagu Beautiful.
Walaupun ramai yang mengagumi lagu tersebut dan gembira dengan kejayaannya, Crush langsung tidak kisah.
“Ketika itu penerimaan Beautiful memang hebat, tetapi saya rasa lain.
“Latar belakang saya membuat lagu dengan artis bawah tanah, seperti Giri Boy, Zion. T dan Beenzino.
“Tetapi lagu Beautiful yang bergenre balada diterima jauh lebih baik berbanding lagu-lagu lain. Ada ketikanya saya panik sehingga tidak dapat menyanyikan lagu itu,” katanya.