Penganggur dituduh membunuh warga emas
Berita

Penganggur dituduh membunuh warga emas

5/5 - (1 vote)

20230209 0857470

20230209 0857470

KULIM: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Shariefuddin Arshad, 57, yang hanya mengaku memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret B. Sri Pracha Nanthini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Fatimah Saleh, 79, di sebuah rumah beralamat No.113, Kampung Durian Burung di sini antara jam 9 pagi hingga 10.30 pagi, 4 Oktober lalu.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Arthini manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 12 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 5 Oktober lalu, polis menerima laporan daripada waris mangsa yang mengesyaki kematian lelaki warga emas itu berpunca daripada perbuatan jenayah berikutan kehilangan seutas rantai tangan emas, dua cincin dan telefon bimbit mangsa.

Sehari kemudian, kubur mangsa terdahulu ditemui mati di rumahnya dan terpaksa digali semula.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, suspek ditahan di Serdang, di sini selepas laporan Jabatan Kimia mengesahkan profil asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki dikesan di tempat kejadian. –UTUSAN

Jawatan Penganggur dituduh membunuh warga emas muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Bukan kapitalis, rumah sewa adalah satu keperluan!

info

Polis menerima tujuh laporan kes kebakaran Jakel

info

Menjual Menu Rahmah untuk pelajar universiti, warga emas

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy