Tiada akta khusus, susah nak pantau Airbnb di Melaka
Berita

Tiada akta khusus, susah nak pantau Airbnb di Melaka

5/5 - (1 vote)

MELAKA: Kerajaan negeri mengakui sukar untuk memantau operasi operator perkhidmatan perhotelan dalam talian Arrbnb kerana tiada akta khusus yang memerlukan syarikat itu mendaftar dengan pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ketiadaan akta menyebabkan banyak perkara di luar kawalan kerajaan negeri terutama membabitkan aspek keselamatan pelanggan yang menginap di premis penginapan kendalian Airbnb.

“Selagi tiada akta, kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa termasuk mewajibkan pengusaha hospitaliti itu didaftarkan.

“Pemantauan berkaitan keselamatan, insurans dan kebersihan di lokasi yang dijadikan Airbnb juga sukar dilakukan,” katanya pada sesi soalan lisan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) berhubung status pendaftaran Airbnb di Melaka.

Sementara itu, menjawab soalan Dr Mohd. Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) mengenai usaha kerajaan negeri membantu hotel yang dihentikan operasi, Muhammad Jailani berkata, sebanyak 455 daripada lebih 500 hotel masih beroperasi ketika ini.

Katanya, statistik menunjukkan proses pemulihan industri hospitaliti di negeri ini antara yang terbaik di negara ini.

“Kerajaan negeri sentiasa berperanan sebagai penasihat dalam membuat keputusan perniagaan tanpa mencampuri urusan dalaman mereka,” katanya. – UTUSAN

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Maritim Malaysia perlukan 700 anggota baharu

info

Wakil Ngemah: Prosedur yang betul perlu dipatuhi oleh jawatankuasa semasa bencana

info

Kuching City FC mengintai kedudukan lima teratas Liga Super

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy