150 PBT menerima Geran Pemangkin Bandar Karbon Rendah
Berita

150 PBT menerima Geran Pemangkin Bandar Karbon Rendah

Rate info.4d5d6d.com

nik nazmi igem

nik nazmi igem

PUTRAJAYA: Sebanyak 150 pihak berkuasa tempatan (PBT) menerima Geran Pemangkin Bandar Karbon Rendah (GeRAK) berjumlah RM35 juta yang diagihkan tahun lepas bagi melaksanakan inisiatif bandar rendah karbon berimpak tinggi.

Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, setiap PBT menerima geran kira-kira RM250,000 untuk mengaplikasi teknologi hijau.

“Maklum balas yang diterima daripada PBT amat menggalakkan dan insya-Allah kita akan teruskan (menyalurkan geran) kerana Perdana Menteri meletakkan elemen alam sekitar sebagai salah satu fokus dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang,” katanya. berkata dalam sidang media selepas merasmikan prapelancaran Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM 2023) di sini hari ini.

GeRAK yang dilancarkan pada 6 April 2021 memperuntukkan sejumlah RM35 juta geran dengan mengutamakan PBT yang melaksanakan program Rangka Kerja Bandar Karbon Rendah (LCCF) serta Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 di peringkat kategori Zon Rendah Karbon.

Mengulas mengenai IGEM 2023, Nik Nazmi berkata kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya RM4 bilion potensi pelaburan menerusi edisi kali ini.

Menurutnya, IGEM 2022 berjaya membawa potensi pelaburan sebanyak RM4.25 bilion dengan melibatkan seramai 33,150 pengunjung termasuk peserta dari China, Belanda, Kanada, Korea, Austria dan Singapura.

“Tahun ini kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM4 bilion prospek perniagaan dan menerusi rekod prestasi baik penganjuran IGEM sebelum ini, kami yakin dapat mencapai sasaran itu malah melepasinya.

“Pada IGEM 2023, kami akan memberi tumpuan untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan juga menekankan elemen SDG (Matlamat Pembangunan Mampan) dan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) untuk semua pihak sama ada kerajaan, swasta, bukan kerajaan dan orang awam untuk mencapai sasaran negara,” katanya.

IGEM 2023 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 4 hingga 6 Oktober dengan tema Perlumbaan Ke Arah Sifar Bersih: Kepimpinan untuk Tindakan Iklim. – UTUSAN

Jawatan 150 PBT menerima Geran Pemangkin Bandar Karbon Rendah muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Rumah terbakar, warga emas melecur 20 peratus

info

Jalan baharu Uma Akeh mengurangkan masa perjalanan ke Long Lama kepada 15 minit

info

Red Bull kekal fokus pada pembangunan jentera

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy