UMNO Maran perlu berubah jika tidak mahu ditolak rakyat selamanya
Berita

UMNO Maran perlu berubah jika tidak mahu ditolak rakyat selamanya

5/5 - (1 vote)

khadri ubah maran

khadri ubah maran

MARAN: UMNO Bahagian Maran perlu melakukan perubahan drastik agar diterima rakyat khususnya golongan muda.

Calon Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Khadri Musa berkata, jika kekal di kedudukan lama, tidak mustahil parti itu akan terus ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.

“UMNO Bahagian Maran perlu ada imej dan tawaran baharu. Satu strategi perlu dirangka berikutan kekalahan teruk pada PRU15 lalu bagi mengelak pengundi khususnya anak muda menolak UMNO selama-lamanya.

“Jadi, UMNO Bahagian Maran perlu berubah dan perubahan ini perlu dilakukan oleh ahli parti demi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti keramat ini.

“Jangan takut untuk melakukan perubahan kerana produk kita sebelum ini sudah pun ditolak oleh orang Maran, jika produk lama masih dikekalkan, tunggu sahaja PRU16,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khadri berkata, UMNO Bahagian Maran perlu berubah bagi memastikan pengundi muda yang menolak parti ini pada PRU15 kemudian kembali kepada UMNO.

“Kita kena ingat, pengundi muda akan terus mengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Sampai bila baru nak bergantung kepada pengundi di saluran satu dan dua?.

“UMNO perlu dekat di hati semua pengundi, ini cabaran besar kepada UMNO Bahagian Maran dan ia perlu dilakukan demi kelangsungan parti,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, Islam menekankan kepentingan perubahan, satu proses yang bukan sahaja terhad kepada fitrah dan tingkah laku manusia, malah mengubah paradigma pemikiran dan sistem kehidupan.

“Jadi UMNO Bahagian Maran perlu berani berubah,” katanya. – UTUSAN

Jawatan UMNO Maran perlu berubah jika tidak mahu ditolak rakyat selamanya muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

UPSI akan memulakan ekosistem pendidikan awal kanak-kanak

info

Sektor pembinaan mencatatkan pemulihan

info

“Pengalaman” baharu Khair Al-Hafiz di Uzbekistan

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy