UPSI akan memulakan ekosistem pendidikan awal kanak-kanak
Berita

UPSI akan memulakan ekosistem pendidikan awal kanak-kanak

Rate info.4d5d6d.com

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDRC) dipilih sebagai universiti pertama bekerjasama dengan The World Bank Group untuk menjalankan penyelidikan berkaitan penjagaan dan pendidikan kanak-kanak.

Mewakili Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff menyampaikan surat kerjasama dengan Pengurus Kumpulan Bank Dunia, Dr Yasuhiko Matsuda, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM), Isnin lalu.

Md Amin berkata, inisiatif itu bertujuan membantu memberi kefahaman kepada masyarakat dan negara berkaitan isu dan cabaran penjagaan dan pendidikan kanak-kanak di Malaysia.

“Sehingga kini, Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC) merekodkan 74,292 kanak-kanak, 21,626 pendidik dan 4,731 pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia.

“Data ini mampu membantu pihak berkepentingan dalam memberikan manfaat bukan sahaja kepada aspek penjagaan DAN pembangunan kanak-kanak, tetapi juga untuk merancakkan ekosistem pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, kerjasama itu bukan sahaja mewujudkan kepakaran dua hala malah memberi manfaat kepada UPSI untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) pertama dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia.

“Bukan itu sahaja, kerjasama ini secara tidak langsung telah berjaya memartabatkan UPSI di persada antarabangsa,” katanya.



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Buka kawasan ‘food truck’ di sekitar Chowrasta

info

Muhyiddin yang menjatuhkan saya -Tun M

info

Papuh bersetuju harga lantai pakej umrah ekonomi bermula RM7,800

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy