Sektor pembinaan mencatatkan pemulihan
Berita

Sektor pembinaan mencatatkan pemulihan

Rate info.4d5d6d.com

pekerja asing 2

pekerja asing 2

PETALING JAYA: Sektor pembinaan terus mencatatkan prestasi memberangsangkan pada suku keempat 2022 dengan nilai kerja pembinaan meningkat 15.7 peratus kepada RM32 bilion, menurut Jabatan Perangkaan.

Secara keseluruhan pada 2022, sektor itu mencatatkan pemulihan 8.8 peratus selepas dua tahun dalam aliran menurun.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd. Uzir Mahidin berkata nilai kerja pembinaan terus meningkat sebanyak 15.7 peratus pada suku keempat selepas berkembang kukuh sebanyak 23.2 peratus pada suku ketiga 2022.

Beliau berkata, momentum pertumbuhan pada suku itu didorong oleh pertumbuhan dua angka dalam subsektor kejuruteraan awam (20.8 peratus); bangunan bukan kediaman (19 peratus); dan aktiviti pertukangan khas (12.7 peratus).

“Manakala subsektor bangunan kediaman meningkat 5.3 peratus berbanding setahun lalu.

“Daripada RM32 bilion nilai kerja pembinaan yang dicatatkan pada suku itu, sebanyak RM12.1 bilion atau 37.9 peratus adalah dalam bidang kejuruteraan awam diikuti bangunan bukan kediaman dengan sumbangan RM9.6 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, katanya, nilai kerja pembinaan bangunan kediaman dan aktiviti pertukangan khas masing-masing merangkumi 21.8 peratus dan 10.2 peratus.

Mengulas lanjut mengenai prestasi sektor pembinaan menurut pemilik projek, Mohd. Uzir berkata, sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan sektor pembinaan pada suku tersebut yang meningkat sebanyak 23.5 peratus.

“Nilai kerja oleh sektor swasta berjumlah RM20 bilion atau merangkumi 62.6 peratus daripada jumlah nilai kerja pembinaan. Manakala sektor awam dengan sumbangan 37.4 peratus atau bersamaan RM12 bilion, meningkat 4.7 peratus pada suku tersebut.

“Menganalisis prestasi sektor pembinaan mengikut negeri, lebih 60 peratus daripada nilai kerja tertumpu di Selangor yang berjumlah RM7.7 bilion atau 24.2 peratus; Wilayah Persekutuan (RM4.7 bilion atau 14.7 peratus); Sarawak (RM3.7 bilion atau 11.7 peratus); dan Johor (RM3.4 bilion atau 10.7 peratus),” katanya.

Tambahnya, semua subsektor meningkat tahun ini dengan pertumbuhan dua angka dicatatkan dalam aktiviti pertukangan khas (19.6 peratus); dan bangunan bukan kediaman (18.7 peratus).

“Pada masa sama, subsektor kejuruteraan awam dan bangunan kediaman bertukar kepada pertumbuhan positif masing-masing sebanyak 2.7 peratus dan 3.4 peratus.

“Jumlah nilai kerja pembinaan pada 2022 berjumlah RM121.9 bilion, bagaimanapun ia kekal lebih rendah berbanding tempoh pra-pandemik sebanyak RM146.4 bilion pada 2019,” jelasnya. – UTUSAN

Jawatan Sektor pembinaan mencatatkan pemulihan muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

EPL: Arsenal bangkit untuk menewaskan Aston Villa

info

Buruh itu mengaku tidak salah memukul isterinya

info

anak? Sabar saya baru lepas keguguran – Zulin Aziz

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy