Masakan Barat RM1.90 menarik perhatian ramai
Berita

Masakan Barat RM1.90 menarik perhatian ramai

5/5 - (1 vote)

menu murah boat noodle

ARAU – Sebuah kedai makanan Barat dengan menu berharga RM1.90 menjadi tumpuan ramai terutama pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Pemilik Warong Western RM1.90, Mohammad Fitri Yusup, 31, berkata, perniagaan restoran yang diusahakannya berkonsepkan restoran Boat Noodle.

“Ramai pelanggan terdiri daripada pelajar mengunjungi restoran ini untuk menikmati hidangan ala Barat seperti chicken chop, bebola daging, wedges, ayam panggang ala Barat dan menu lain pada harga RM1.90.

“Dengan konsep seperti ini, semua orang boleh menempah dan merasai sendiri makanan yang dijual di sini. Pelajar suka datang ke sini kerana dapat menjimatkan wang saku,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Mohammad Fitri, kedai makan miliknya baru dua tahun beroperasi dan mampu mencatatkan jualan kira-kira RM3,000 sehari.

Sementara itu, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Nur Iryanti Hussein, 23, berkata, dia sering memilih kedai itu kerana dapat menjimatkan kos.

“Saya dan rakan-rakan sering menjamu selera di gerai ini kerana ada antara hidangan yang disediakan tidak sampai RM2. Walaupun saiznya agak ‘comel’, namun ia cukup untuk mengisi perut.

“Ada juga rakan yang tidak cukup dengan sekali makan dan memesan dua hingga tiga hidangan sebagai bekalan makan ketika mengulang kaji di asrama, namun ia masih berbaloi kerana tidak lebih RM10,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Irfan, 23, berkata, kewujudan restoran sebegitu banyak meringankan beban kewangan pelajar.

“Saya berharap inisiatif seperti Menu Rahmah segera diperkenalkan di sekitar kampus pusat pengajian,” jelasnya.

Jawatan Masakan Barat RM1.90 menarik perhatian ramai muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Namgoong Min, Jin Ahreum akan berkahwin minggu depan

info

Isteri kepada pelakon yang dipukul itu dirakam sebagai saksi

info

PM: Kementerian Pengangkutan merangka rangka kerja pengangkutan awam, akan dibentangkan kepada Kabinet

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy