Isteri kepada pelakon yang dipukul itu dirakam sebagai saksi
Berita

Isteri kepada pelakon yang dipukul itu dirakam sebagai saksi

Rate info.4d5d6d.com

kakipukul

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil keterangan isteri kepada seorang pelakon yang dipercayai ditumbuk suaminya dalam kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa berusia 29 tahun telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu, semalam.

“Kami telah mengambil keterangan mangsa semalam berhubung kejadian itu dan suspek (pelakon lelaki) akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Sekiranya tangkapan perlu dibuat, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan maklumat yang diberikan,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, mangsa mendakwa dipukul beberapa kali di bahagian mata oleh suaminya.

Sehubungan itu, mangsa difahamkan membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 pagi, semalam.

Pergaduhan dipercayai berlaku apabila mangsa menjawab panggilan telefon ketika perbincangan antara mereka dalam sebuah kereta berhenti di kawasan R&R sekitar Sungai Buloh.

Mangsa kemudian ditumbuk tiga kali di muka sehingga mangsa cedera di bahagian mata. – COSMO! DALAM TALIAN

Jawatan Isteri kepada pelakon yang dipukul itu dirakam sebagai saksi muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Menjelang pembentangan semula belanjawan, Anwar berkata mencari penyelesaian supaya orang ramai tidak perlu masuk ke dalam simpanan KWSP

info

Lagu popular tapi Crush tak suka

info

DAP kemukakan dasar berdepan negara lama –

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy