Northport menerima peralatan terminal dari Jepun
Berita

Northport menerima peralatan terminal dari Jepun

Rate info.4d5d6d.com

Northport RTG 1

Northport RTG 1

PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd. (Northport), ahli Kumpulan MMC secara rasmi menerima sembilan kren Rubber Tyred Gantry (RTG) baharu yang dibeli daripada syarikat Jepun, Mitsui E&S Machinery Co., Ltd. (Mitsui E&S).

Peralatan terminal baharu itu adalah kumpulan pertama daripada sejumlah 23 RTG berkuasa diesel dan 11 RTG elektrik atau eRTG yang akan diterima.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata kesesakan pelabuhan yang berlaku pada awal 2021 serta jangkaan operasi yang tinggi secara konsisten untuk pengendalian kontena dan kargo konvensional di Northport telah mendorong syarikat itu untuk mengkonfigurasi dan menyusun semula terminal untuk meningkatkan kapasiti pelabuhan.

“Pelan konfigurasi semula terminal melibatkan penukaran dan pembangunan limbungan kontena serta pemerolehan peralatan pelabuhan baharu.

“Langkah itu perlu kerana kami telah mengendalikan jumlah kargo kontena yang tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kami menjangkakan trend peningkatan ini akan berterusan pada tahun-tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha Pertama Kedutaan Jepun di Malaysia, Saito Hiroaki hadir menyaksikan penyerahan kren RTG daripada Pengurus Besar, Bahagian Kren dan Sistem Mitsui E&S, Atsufumi Takahashi kepada Azman Shah, semalam.

Pada masa ini, Northport beroperasi dengan sejumlah 84 kren RTG yang terdiri daripada 71 RTG berkuasa diesel dan 13 e-RTG.

Azman menjelaskan, pemerolehan RTG baharu itu akan meningkatkan lagi kecekapan dan produktiviti operasi kontena syarikat serta memenuhi komitmennya untuk terus menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

“Penghantaran kren RTG baharu ini adalah satu langkah ke hadapan untuk Northport untuk menjadi pelabuhan ‘Lebih Selamat, Lebih Hijau, Lebih Pintar dan Lebih Baik’,” katanya.

Sementara itu, Saito berkata, majlis itu melambangkan permulaan perkongsian strategik antara Northport dan Mitsui E&S melalui penyerahan kren RTG baharu.

“Usaha ini memberi peluang lebih banyak kerjasama dan pada masa sama mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun,” katanya.

Northport telah mencatatkan pencapaian memecahkan rekod berturut-turut sejak dua tahun lalu.

Pada 2021, Northport telah mencapai prestasi memberangsangkan untuk segmen perniagaan kontenanya selepas berjaya mengendalikan sejumlah 3.32 juta TEU, yang merupakan volum pengendalian kontena tahunan tertinggi pernah direkodkan oleh syarikat itu.

Tahun lalu, Northport mencatatkan 11.1 juta Freight Weight Tannes (FWT) pengendalian kargo, yang merupakan pencapaian tahunan tertinggi bagi pengendalian kargo konvensional sejak pembentukan Northport melalui penggabungan Terminal Kontena Klang (KCT) dan Pengurusan Pelabuhan Klang (KPM) pada tahun lepas. 2000. – UTUSAN

Jawatan Northport menerima peralatan terminal dari Jepun muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Rafizi, Nor Azmie dilantik menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju

info

Bajet 2023: Tindakan lebih radikal, pacu pelaburan, rahmah rakyat

info

Lelaki ditahan berhubung kebakaran kecil di pintu masuk bank Sibu

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy