Mangsa banjir Melaka meningkat 380 orang
Berita

Mangsa banjir Melaka meningkat 380 orang

Rate info.4d5d6d.com

WhatsApp Image 2023 03 04 at 15.51.47

MELAKA – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 380 orang dengan enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Jasin dan Alor Gajah susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lalu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, jumlah itu direkodkan setakat 12 tengah hari semalam dan dijangka terus meningkat berbanding semalam iaitu seramai 162 mangsa.

“Jumlah air hujan yang turun secara berterusan melebihi 24 jam menyebabkan paras air di lembangan sungai meningkat dan melimpah di kawasan perumahan rendah.

“Hujan terkumpul Rabu lalu di beberapa lokasi Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan bacaan sehingga 100 milimeter (mm),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, antara kawasan yang terjejas di Jasin ialah Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan, Kampung Chohong, Sempang Bekoh dan Kampung Tersun Seri Mendapat.

Turut terjejas ialah Kampung Janda Berhias, Kampung Parit Penghulu, Kampung Tasik, Kampung Batu Gajah Pasir, Parit Putat Benteng, Parit Sidang Seman Benteng dan Batu Gajah Jalan Simen.

Manakala di Alor Gajah pula melibatkan Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Gadek, Kampung Panchur, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau.

Mengulas lanjut, Kamarulsyah berkata, bagaimanapun keadaan banjir di negeri ini masih terkawal dengan lima PPS telah dibuka di Jasin dan satu di Alor Gajah.

“Semua mangsa ditempatkan di lima PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Chohong, SK Seri Mendapat, SK Parit Penghulu, SK Parit Gantong dan SK Batu Gajah di Jasin.

“Di Alor Gajah hanya terdapat satu PPS dibuka iaitu di Balai Raya Bukit Tambun yang menempatkan 15 mangsa daripada tujuh keluarga,” katanya.-KOSMO! DALAM TALIAN

Jawatan Mangsa banjir Melaka meningkat 380 orang muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Harum Malam Dain Said world tour

info

Ketua UMNO Beruas enggan menjadi calon

info

Ting meletakkan penghargaan untuk Lions dalam rekod

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy