Harum Malam Dain Said world tour
Berita

Harum Malam Dain Said world tour

5/5 - (1 vote)

SELEPAS mengisi profilnya dengan karya hebat, Bunohan dan Dukun, pengarah terkenal, Dain Said, kembali dengan karya baharu yang dinanti-nantikan.

Tampil dengan versi seram lain, filem berjudul Harum Malam itu dijadualkan memasuki tayangan umum bermula 9 Februari depan.

Harum Malam berkisar tentang perjuangan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk ghaib dengan mata manusia.

HARUMMALAM STILLS 1.5.8
FILEM Harum Malam mendapat penghargaan awal apabila ditayangkan sempena Fantastic Fest di Texas, AS pada 22 hingga 29 September baru-baru ini.

HARUMMALAM STILLS 1.5.8Kebolehan luar biasa itu menyebabkan Iqbal sering diganggu oleh makhluk dan ancaman dari alam ghaib sehingga sukar untuk membezakan antara realiti dan alam ghaib.

Plot berkembang sehingga berlaku satu peristiwa yang menyebabkan rakan dan keluarga terdedah kepada makhluk ghaib yang amat berbahaya.

Tanpa pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewanya untuk melawan makhluk itu.
Harum Malam dibintangi oleh pelakon hebat seperti Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein.

Filem ini turut memperkenalkan bakat muda yang bersinar seperti Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.
Diterbitkan oleh Dain’s Apparat, pengarah itu berkolaborasi dengan D’Ayu Pictures dan Skop Productions buat kali pertama.

Edaran Skop terbaru, filem Mat Kilau dengan kutipan hampir RM100 juta. Manakala D’Ayu Pictures akan menayangkan filem sulung mereka, Daddyku Gangster pada Disember ini.

Menariknya, filem yang turut mendapat pembiayaan daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu telah pun menerima slot tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di Fantastic Fest, festival filem bergenre fantasi seram terbesar di Amerika Utara.

Filem lain yang pernah ditayangkan pada festival filem ini ialah Spilled (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007), arahan Paul Thomas Anderson.

HarumMalam BTS DS on Set Idan Dain Remy Bront 1.4
DAIN BERKATA bersama barisan pelakonnya, Idan Aedan, Remy Ishak dan Bront ketika berada di set penggambaran Harum Malam.

Festival filem Fantastic Fest berlangsung di Austin, Texas pada 22 hingga 29 September 2022.

Pada bulan Oktober, Harum Malam turut menempah Tayangan Perdana Eropah sempena Festival Filem Sitges di Sepanyol, festival yang mengetengahkan filem seram dan fantasi dari seluruh dunia.

Dengan tajuk antarabangsa, Blood Flower, di pasaran global filem ini diwakili oleh Reel Suspects, manakala XYZ Films mewakili pasaran Amerika Utara.

Sebelum ini, filem arahan Dain, Dukun yang ditayangkan pada 2018 itu merupakan antara lima filem seram terbaik di Malaysia. Dain Said telah menerima gelaran Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin 2019 untuk Dukun.

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Firdaus Wong jadi saksi kes Ebit Lew

info

Fadillah berharap dapat menubuhkan pusat latihan kepimpinan belia di Petra Jaya

info

Penjawat awam diseru memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan yang memerintah

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy