19 lelaki terperangkap dalam sabung ayam di hadapan rumah
Berita

19 lelaki terperangkap dalam sabung ayam di hadapan rumah

5/5 - (1 vote)

pdrm re

pdrm re

KOTA BHARU: Seramai 19 lelaki yang leka menyabung ayam ditahan polis dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Kampung Pauh, Badang di sini semalam.

Dalam serbuan jam 8.30 malam itu, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 66 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, dalam serbuan itu, kesemua lelaki terbabit didapati terlibat dalam kegiatan sabung ayam.

Menurutnya, pemeriksaan di kawasan itu telah menemui lapan ekor ayam laga dan enam sangkar.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,522 yang dipercayai digunakan sebagai wang pertaruhan dalam aktiviti sabung ayam.

“Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi berkata, kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-UTUSAN

Jawatan 19 lelaki terperangkap dalam sabung ayam di hadapan rumah muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Jakim menganjurkan solat hajat untuk jenazah ghaib

info

Pemandu kapal tangki cedera selepas merempuh penghadang di jejambat berhampiran padang MCC

info

Wakil Ngemah: Prosedur yang betul perlu dipatuhi oleh jawatankuasa semasa bencana

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy