EPL: Arsenal bangkit untuk menewaskan Aston Villa
Berita

EPL: Arsenal bangkit untuk menewaskan Aston Villa

Rate info.4d5d6d.com

000 339J3X8 1

LONDON – Arsenal mengharungi masa kecederaan babak kedua dengan penuh gemilang apabila berjaya menghasilkan dua gol dalam tempoh lima minit untuk menewaskan Aston Villa 4-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park, sebentar tadi.

Kemenangan itu menamatkan kemarau kemenangan The Gunners selepas kekalahan kepada Everton dan Manchester City serta seri dengan Brentford dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Terdahulu, kesilapan Oleksandr Zinchenko pada awal permainan yang membolehkan Matty Cash mencuri bola membawa kepada malapetaka apabila peluang pada minit ke-5 berjaya digunakan oleh Ollie Watkins untuk membuka jaringan buat pasukan tuan rumah.

Selepas 11 minit, kedudukan kembali seimbang, menyaksikan Bukayo Saka menjaringkan gol penyamaan untuk Arsenal, namun dominasi yang dipamerkan The Gunners tidak menghadirkan rasa gerun buat Aston Villa apabila mendapat gol kedua menerusi Philippe Coutinho pada minit ke-31 .

Bersambung separuh masa kedua, Arsenal kekal menguasai bola manakala Aston Villa yang mengejar kebangkitan selepas kecewa dalam dua aksi terakhir, lebih banyak bertahan dan fokus kepada serangan balas setiap kali lawan kehilangan bola.

Hasilnya, pada minit ke-61, Zinchenko kembali menceriakan pasukannya apabila rembatan leretnya dari luar kotak penalti gagal ditepis penjaga gol tuan rumah, Emiliano Martinez.

Minit ke-77, Arsenal sepatutnya boleh berada di depan tetapi sepakan Martin Odegaard dalam keadaan terbuka senget ke sebelah kiri pintu gol Aston Villa.

Sikap tidak henti-henti pemain Arsenal sepanjang kecederaan membuahkan hasil apabila memperoleh dua lagi gol menerusi gol sendiri daripada Martinez dan Gabriel Martinelli. – COSMO! DALAM TALIAN

Jawatan EPL: Arsenal bangkit untuk menewaskan Aston Villa muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Jangan guna masjid, surau untuk kempen PRN -Sultan Selangor

info

Kerajaan meneruskan projek tebatan banjir yang telah berlalu

info

5 TEMPAT SHOPPING DI KUALA LUMPUR (KL)

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy