Arsenal kembali ke puncak, menewaskan Aston Villa 4-2
Berita

Arsenal kembali ke puncak, menewaskan Aston Villa 4-2

5/5 - (1 vote)

63f0e63600f66.image

63f0e63600f66.image

BIRMINGHAM: Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Aston Villa 4-2 dalam aksi cukup dramatik terutama pada masa kecederaan di saat-saat akhir perlawanan sebentar tadi.

Semuanya berpunca daripada gol sendiri yang dihasilkan oleh penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez yang menanduk bola ke gawang sendiri selepas rembatan Jorginho terkena palang.

Sebelum itu, The Gunners bangkit daripada ketinggalan dua kali selepas Ollie Watkins dan Philippe Coutinho meletakkan Aston Villa di hadapan 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Tetapi Arsenal terus mengasak untuk gol kemenangan selepas Oleksandr Zinchenko berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal, menjadikan kedudukan 2-2.

Eddie Nketiah dan Martin Odegaard masing-masing terlepas peluang untuk menjaringkan gol kemenangan sebelum usaha Jorginho menjadikan kedudukan 3-2 buat pelawat.

Tidak lama selepas itu, Gabriel Martinelli kemudian menjaringkan gol keempat ke gawang kosong untuk memberikan Arsenal tiga mata penting untuk kembali ke puncak liga-Agensi

Jawatan Arsenal kembali ke puncak, menewaskan Aston Villa 4-2 muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Fadillah berharap dapat menubuhkan pusat latihan kepimpinan belia di Petra Jaya

info

Pelajar sekolah yang memandu merempuh bilik darjah

info

Rafizi lancar petisyen bantah PRU15 semasa musim banjir –

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy