Kerajaan meneruskan projek tebatan banjir yang telah berlalu

Kerajaan meneruskan projek tebatan banjir yang telah berlalu

Rate info.4d5d6d.com

RANTAU PANJANG – Projek pembinaan tebatan banjir yang diluluskan pada pentadbiran sebelum ini akan diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan komited meneruskan projek itu bagi memastikan kepentingan rakyat dapat dilindungi sebaik mungkin.

“Kerajaan bukan sahaja mengkaji (projek tebatan banjir), tetapi kita mahu melaksanakannya segera mengikut peruntukan yang disediakan Kementerian Kewangan.

“Selain itu, kerja-kerja membaiki rumah rosak akibat banjir yang telah diluluskan sebelum ini akan diteruskan seperti biasa mengikut peruntukan sedia ada,” katanya pada sidang media di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To ‘Deh masuk sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata, pelaksanaan projek tebatan banjir itu dilaksanakan tanpa mengurangkan atau menafikan peruntukan yang diluluskan sebelum ini.

Beliau berkata, agensi berkaitan telah diarah memberi semua bantuan banjir sebelum air surut kepada penduduk yang berdaftar dan layak.

“Sidang Khas Parlimen pada 19 Disember ini akan membincangkan emolumen (pembayaran) bagi memastikan projek yang sedang dijalankan dapat dibayar oleh Kementerian Kewangan.

“Bagaimanapun, pembentangan Bajet 2023 akan dilaksanakan selepas Titah Diraja pada pembukaan Sidang Parlimen Penggal Ke-15 pada Februari,” katanya. – COSMO! DALAM TALIAN

BACA SUMBER ARTIKEL