ATM menerima peruntukan RM10 juta untuk membeli aset tahan banjir
Berita

ATM menerima peruntukan RM10 juta untuk membeli aset tahan banjir

5/5 - (1 vote)

IMG 20230304 WA0065

IMG 20230304 WA0065

SEGAMAT: Kerajaan meluluskan peruntukan sekali sahaja sebanyak RM10 juta kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membeli aset dan persediaan menghadapi bencana banjir akan datang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peruntukan itu diluluskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

“Antara aset yang akan dibeli ialah bot getah yang dapat memudahkan usaha menyelamat mangsa banjir yang terperangkap terutama di kawasan cetek dan sebuah lori seberat tujuh tan.

“Ketika ini ATM menggunakan bot tempur dan kita memerlukan bot getah yang digunakan komando dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Ini sebagai persediaan untuk kita menghadapi ancaman bukan tradisi dan lengkap aset dalam memberikan bantuan menyelamat dalam situasi seperti ini (banjir),” katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman (STAR). , disini hari ini.

Beliau berkata, pandangan daripada pihak berkaitan termasuk ATM akan diambil kira bagi mengenal pasti keperluan pembelian aset bagi menangani banjir dan menempatkan aset di beberapa negeri yang sering menghadapi banjir seperti Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, seramai 1,500 anggota tentera dikerahkan membantu mangsa banjir di Johor membabitkan aset 28 bot, lapan lori dan 25 lori termasuk Kor Perubatan ATM, Kor Jurutera Diraja ATM dan unit teknikal.

Susulan banjir teruk di Johor, ATM turut menghantar anggota tentera laut buat pertama kali untuk membantu mangsa banjir bersama agensi kerajaan lain, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad memaklumkan pembinaan jambatan bailey di jalan utama ke Felda Selancar, Rompin, Pahang akan siap dalam masa terdekat.

“Sekarang (jambatan) akan dipasang dan Kor Jurutera ATM sedia membantu Jabatan Kerja Raya dalam tempoh sehari dua ia boleh disiapkan,” katanya. – UTUSAN

Jawatan ATM menerima peruntukan RM10 juta untuk membeli aset tahan banjir muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Faedah ledakan teknologi digital – Raja Muda Perlis

info

1,000 pelajar di P. Pinang menerima sumbangan TYT

info

OnlyOneOf terlibat dalam kemalangan di Jepun

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy