1,000 pelajar di P. Pinang menerima sumbangan TYT
Berita

1,000 pelajar di P. Pinang menerima sumbangan TYT

5/5 - (1 vote)

WhatsApp Image 2023 02 13 at 2.07.11 PM

SEBERANG PERAI – Seramai 1,000 pelajar dari 21 sekolah di seluruh negeri menerima bantuan persekolahan sesi 2023 yang disalurkan Yayasan Amal Gabenor Pulau Pinang menerusi peruntukan RM250,000.

Menerusi inisiatif itu, yayasan menyediakan bantuan baucar RM250 kepada setiap murid dan pelajar kumpulan B40 sebagai persediaan ke sekolah nanti.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Rozali Mohamud berkata, bantuan yang disalurkan sebelum bermulanya cuti sekolah ini akan memudahkan ibu bapa menyiapkan anak-anak mereka.

Menurutnya, program itu juga bertujuan membantu meringankan beban ibu yang terjejas pendapatan setiap kali musim persekolahan baharu bermula.

“Baucar itu boleh digunakan di mana-mana daripada enam cawangan Mydin Wilayah Utara yang terpilih. Kita difahamkan pada musim cuti sekolah ini pasti ada ibu bapa dan anak-anak pulang ke kampung dan mudah membeli-belah menggunakan baucar ini sama ada di sini, Kedah dan Perak.

“Yayasan komited untuk meneruskan program yang julung kali dijalankan bagi tujuan membantu golongan yang memerlukan. Melalui baucar ini juga, penerima boleh menikmati dua pasang pakaian seragam, kasut sekolah, beg, alat tulis dan kelengkapan sekolah,” katanya selepas menghadiri Program Kembali Ke Sekolah Educare di Mydin Bertam, di sini hari ini.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hadir menyambut dan menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman – KOSMO! DALAM TALIAN

Jawatan 1,000 pelajar di P. Pinang menerima sumbangan TYT muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Safawi menawarkan dirinya aksi Sukan SEA, Sukan Asia

info

Perbicaraan pendakwaan pecah amanah AMLA Syed Saddiq telah berakhir

info

Rakyat Indonesia mengaku menipu orang tua untuk membeli delima merah

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy