OnlyOneOf terlibat dalam kemalangan di Jepun

OnlyOneOf terlibat dalam kemalangan di Jepun

5/5 - (1 vote)

ONLYONEOF

MALANG tidak berbau harum untuk kumpulan OnlyOneOf apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas ketika promosi di Jepun.

Agensinya, 8D Creative mengesahkan semua ahli berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.

Walaupun tiada kecederaan, mereka tetap menangguhkan acara untuk bertemu peminat secara dalam talian.

Selepas dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan lanjut apabila pulang ke Korea, kesemua ahli kumpulan itu juga disahkan tidak mengalami sebarang masalah.

Bagaimanapun, enam anggota itu akan berehat sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan.

Agensi itu juga memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kesihatan dan keselamatan kumpulan itu.

Jawatan OnlyOneOf terlibat dalam kemalangan di Jepun muncul pertama kali pada Kosmos Digital.



KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL