Gempa bumi Turkiye dirasai sehingga ke Greenland
Berita

Gempa bumi Turkiye dirasai sehingga ke Greenland

Rate info.4d5d6d.com

gempa turkiye greenland 2

NUUK, Greenland – Gempa bumi dahsyat yang melanda Turki dan Syria sehingga mengakibatkan beribu-ribu kematian turut dirasai di Greenland, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ia dikesan 5,461 kilometer di luar pantai timur Greenland kira-kira lapan minit selepas gegaran pertama berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku pada 4.17 pagi (waktu Turki).

Beribu-ribu orang maut dan ramai lagi dilaporkan terperangkap atau cedera di bawah runtuhan bangunan di Turki dan Syria ketika operasi menyelamat diteruskan.

“Gempa bumi besar di Turkiye direkodkan dengan jelas pada seismograf (alat pengukur kekuatan gempa bumi) di Denmark dan Greenland,” kata pakar seismologi Tine Larsen dari Kajian Geologi Denmark dan Greenland (GEUS).

Gempa bumi pertama berukuran 7.8 pada skala Richter direkodkan pada kedalaman 17.7 km di bandar Gaziantep, yang menempatkan kira-kira dua juta orang, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

“Ombak yang dihasilkan gempa bumi itu dirakam oleh seismograf di pulau Bornholm, Denmark sejauh kira-kira 5,632 kilometer sekitar lima minit selepas gegaran bermula.

“Lapan minit kemudian, gegaran dirasai di pantai timur Greenland sebelum merebak ke seluruh Greenland,” jelas Larsen. – Agensi

Jawatan Gempa bumi Turkiye dirasai sehingga ke Greenland muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Pemandu van itu cedera parah dalam kemalangan itu

info

EPL: Arsenal bangkit untuk menewaskan Aston Villa

info

Jangan terlalu selesa, bongkak dan kurang memikirkan kumpulan lain, kata Anwar

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy