Red Bull kekal fokus pada pembangunan jentera
Berita

Red Bull kekal fokus pada pembangunan jentera

5/5 - (1 vote)

RED BULL

LONDON – Juara dua kali Formula Satu (F1), Max Verstappen menafikan hukuman kerana melanggar peraturan perbelanjaan menyebabkan pembangunan jentera Red Bull RB19 berdepan masalah.

Tahun lalu, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengenakan denda AS$7 juta (RM29.1 juta) ke atas Red Bull kerana didapati melanggar had perbelanjaan yang ditetapkan untuk kempen Formula Satu (F1) 2021.

Bagi kesalahan itu, Red Bull turut dikenakan pengurangan 10 peratus bajet dalam penyelidikan aerodinamik untuk membina jentera mereka musim ini.

Disebabkan itu, Red Bull dikatakan berdepan kesukaran untuk membina jentera yang lebih sempurna bagi menghadapi musim perlumbaan 2023.

“Buat masa ini kami hanya fokus kepada apa yang kami lakukan sekarang. Sudah tentu pasukan meletakkan segala yang mereka ada untuk membangunkan jentera terbaik.

“Pasukan juga cuba mencapai tahap yang baik dan pastinya harapan pasukan untuk mencari permulaan yang lebih sempurna berbanding tahun lalu.

“Apa yang boleh saya katakan adalah sukar untuk pasukan meramalkan apa yang akan berlaku. Adakah kami cukup bagus atau cukup pantas pada musim baharu? Sejujurnya saya tidak tahu.

“Namun, seperti yang saya katakan, kami perlu fokus kepada diri sendiri. Itu sahaja yang boleh kami kawal. Kemudian kami akan tahu di mana tahap sebenar pasukan pada sesi ujian pramusim,” kata Verstappen.

Sementara itu, Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner turut mendedahkan jentera RB19 akan tampil berbeza apabila turun ke perlumbaan pertama di Bahrain nanti.

“Apa yang kami bawa semasa pengenalan penaja di New York baru-baru ini berbeza daripada mesin baharu 2023.

“Anda akan melihat perbezaan dalam jentera baharu ini,” kata Horner. – AGENSI

Jawatan Red Bull kekal fokus pada pembangunan jentera muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Restoran Hameediyah memperkenalkan Menu Rahmah RM5 pada bulan hadapan

info

Penyelia syarikat keselamatan didakwa dengan pengedaran heroin

info

Buka kawasan ‘food truck’ di sekitar Chowrasta

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy