Tun Mahathir cemerlang kerana UMNO
Berita

Tun Mahathir cemerlang kerana UMNO

Rate info.4d5d6d.com

ALOR SETAR: Pemuda UMNO menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tidak berkemampuan sebagai Perdana Menteri lebih-lebih lagi selepas meninggalkan UMNO, parti yang membantunya cemerlang ketika memegang jawatan itu sejak 22 tahun lalu.

Malah, menurut Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri, ramai pemimpin termasuk penyokong dalam parti hari ini wajar diketengahkan sebagai Perdana Menteri.

“Saya rasa sudah tiba masanya kita memberi ruang dan peluang kepada pemimpin baharu, kita hormati Tun Mahathir yang cukup berjaya selama 22 tahun ketika zaman kegemilangannya, tetapi itu berdasarkan kekuatan UMNO yang menyokongnya ketika itu.

“Tetapi apabila beliau tidak mendapat sokongan yang baik daripada parti ini semasa era Pakatan Harapan (PH), beliau hanya mampu bertahan 22 bulan berbanding 22 tahun. Kami UMNO mempunyai ramai pemimpin yang hebat,” katanya dalam program Bual Bicara secara langsung di media sosial semalam.

Dr Mahathir baru-baru ini menyatakan kesanggupannya untuk memegang jawatan Perdana Menteri buat kali ketiga jika tiada calon lain yang sesuai dan jika ada tekanan daripada pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, kata Syed Mohd. Johan Rizal, pemimpin UMNO yang wajar diketengahkan ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mohamad Hasan.

“UMNO mempunyai ramai pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai Perdana Menteri yang boleh diberi peluang dan ruang.

“Asas Barisan Nasional (BN) memerintah negara selama lebih 60 tahun adalah berdasarkan kepentingan rakyat. Saya rasa 22 bulan mimpi ngeri sudah cukup untuk kita lalui semula,” katanya. – UTUSAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Kes cubaan culik, tahap keselamatan JPNM di sekolah

info

ATM menerima peruntukan RM10 juta untuk membeli aset tahan banjir

info

Muhyiddin yang menjatuhkan saya -Tun M

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy