Kes cubaan culik, tahap keselamatan JPNM di sekolah
Berita

Kes cubaan culik, tahap keselamatan JPNM di sekolah

Rate info.4d5d6d.com

MELAKA – Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) akan mengadakan mesyuarat khas bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) susulan isu kes penculikan kanak-kanak yang dilaporkan berlaku di beberapa negeri lain, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin berkata mesyuarat itu akan diadakan minggu depan bagi membincangkan langkah proaktif yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.

“Sebarang langkah pencegahan sebenarnya perlu dimulakan di rumah iaitu sebelum ibu bapa menghantar anak ke sekolah.

“Bagaimanapun, daripada pihak JPNM, kita akan mengadakan pertemuan dengan PIBG bagi membincangkan kaedah yang sesuai bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Sesi Perkongsian Sidang Kemuncak Teknologi Grid Pintar Melaka 2022 di Hotel LaCrista, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagaimanapun setakat ini Melaka tidak merekodkan sebarang kes berkaitan jenayah itu.

“Kejadian ini tidak berlaku di Melaka, setakat ini belum ada kes. Walaupun begitu, kerajaan negeri tetap memandang serius risiko sedia ada dan akan melaksanakan langkah berjaga-jaga,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan dakwaan kes cubaan culik kanak-kanak yang berlaku di beberapa negeri sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan anak masing-masing.

Semalam, seorang bapa di Pasir Puteh, Kelantan turut mendakwa anaknya nyaris diculik empat lelaki tidak dikenali yang meminta kanak-kanak itu menaiki kereta ketika berada di hadapan sekolah di Selising.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika kanak-kanak berusia lapan tahun itu menunggu ibunya menjemputnya dari sekolah. – COSMO! DALAM TALIAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Mahkamah: 10 pengundi Parlimen Gombak gagal merayu kes saman Azmin

info

KLIA, KLIA2 dijenamakan sebagai KLIA Terminal 1, Terminal 2

info

Pelajar beralih kepada bercerita untuk menggalakkan persekitaran yang mampan

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy