KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berbohong mengenai kononnya dalangnya utama Step Sheraton.
Sebaliknya, Mahathir berkata, Muhyidin yang mula-mula memulakan gerakan untuk menjatuhkannya.
“Tidak Masuk akal kalau saya buat macam tu, takkan saya nak buat sesuatu sampai hilang jawatan?
“Muhyiddin cakap kosong, sebab dia nak jadi Perdana Menteri dan jatuhkan saya,” katanya kepada pemberita selepas bercakap dalam Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 2022 di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square di sini hari ini.
Semalam, Muhyiddin yang juga Perdana Menteri ke-8 mendedahkan Mahathir memulakan gerakan untuk Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, katanya, pemimpin itu membuat pusingan U apabila Majlis Presiden PH memutuskan untuk terus menyokongnya.
Tuduhan itu bagaimanapun dikecam oleh Timbalan Peguam Negara Pengerusi Parti Pejuang Tanah Tanah (Pejuang)Muhammad Rafique Rashid Ali.
Katanya, semua pihak perlu berfikir secara logik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana ramai pemimpin akan mengeluarkan kenyataan untuk terus kekal relevan dengan menyalahkan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA). –UTUSAN