Kementerian Kesihatan meneliti kajian penyahkriminalisasian bunuh diri oleh AGC
Berita

Kementerian Kesihatan meneliti kajian penyahkriminalisasian bunuh diri oleh AGC

Rate info.4d5d6d.com

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyemak semula kertas cadangan penyahkriminalan kes bunuh diri sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, semakan itu dibuat bagi mengambil kira kajian yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung cadangan itu.

Beliau berkata, pihaknya baru sahaja menerima hasil kajian penuh berhubung cadangan penyahkriminalisasi bunuh diri daripada AGC.

“Hasil kajian itu akan dibincangkan terlebih dahulu melalui sesi engagement bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Apabila saya bawa cadangan itu sebelum ini, KDN tidak berapa setuju. Kali ini, kita lihat sama ada mereka boleh dipengaruhi untuk menyokong usaha kita,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pengagihan Dana Kesihatan Mental untuk Badan Bukan Kerajaan. Organisasi di sini. hari ini.

Beliau berkata, Kabinet juga akan memutuskan sama ada cadangan itu akan dibangkitkan pada sidang Parlimen akan datang atau tidak.- KOSMO! DALAM TALIAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Van driver injured in three-vehicle accident in Sibu

info

Tiada akta khusus, susah nak pantau Airbnb di Melaka

info

Tawaran rebat cukai MBSJ dilanjutkan sehingga 31 Mac

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy