peniaga lemas
Berita

Polis menahan empat lelaki yang terlibat dalam kecurian, kemalangan kereta

5/5 - (1 vote)

SEPANG: Polis menahan empat lelaki tempatan dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri dan pecah kenderaan menerusi serbuan berasingan pada 5 dan 13 Disember lalu di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pada 5 Disember lalu, laporan diterima daripada pengadu berhubung kehilangan kereta Proton Satria miliknya yang diletakkan di kawasan parkir kondominium di Cyberjaya.

Beliau berkata, hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menahan dua lelaki berusia 26 dan 38 tahun yang bekerja sebagai pengurus bangunan di kondominium itu dan seorang pemandu trak tunda di hari yang sama.

“Dalam serbuan kedua, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga pemilik sebuah premis barangan lusuh di Klang, diikuti penahanan seorang lagi suspek di sekitar daerah ini.

“Modus operandi sindiket ini adalah mencuri kenderaan yang sudah lama terbiar di tempat letak kereta, kemudian ditarik ke bengkel sebelum dibongkar. Kita dapati mereka telah menjual beberapa komponen dan rangka kenderaan itu akan dijual di kedai-kedai sampah,” katanya dalam sidang media di IPD Sepang di sini, hari ini.

Wan Kamarul berkata, enam kenderaan curi itu membabitkan dua kereta Proton Satria, dua Proton Wira dan dua kereta Proton Gen 2.

Beliau berkata, polis turut merampas 23 jenis komponen seperti bampar, pintu dan bonet kenderaan, rangka kereta dan trak tunda.

“Kesemua suspek masih ditahan reman sehingga hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Konsortium untuk pembeli pembangunan Pacific City

info

Syeikh Qatar membuat tawaran Man Utd ketika jutawan Ratcliffe mengesahkan tawaran

info

Kakitangan Hospital Putrajaya m4ut dalam kemalangan di jambatan

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy