SIBU (9 Feb): Polis menahan seorang lelaki berhubung kes langgar api di sebuah bank Jalan Kampung Nyabor malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata balai polis Pusat Sibu menerima maklumat daripada orang ramai sekitar jam 9.40 malam bahawa berlaku kebakaran kecil di hadapan pintu masuk bank itu.
“Anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang ke tempat kejadian menemui serpihan botol kaca dan kain yang dipercayai digunakan untuk melakukan perbuatan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis menahan seorang suspek berusia 36 tahun sekitar jam 10.56 malam.
Suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.
Polis memohon perintah reman terhadap suspek hari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
[ad_2]
KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL