Suspek rampas beg tangan sedang diburu polis
Berita

Suspek rampas beg tangan sedang diburu polis

5/5 - (2 votes)

WhatsApp Image 2023 02 27 at 9.55.14 PM e1677509631458

IPOH – Polis sedang memburu suspek kes mencuri beg tangan wanita di Jalan Anggerik, Kampung Manjoi Tambahan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan video viral kejadian ragut hari ini selepas dimuat naik menerusi laman sosial Twitter.

Katanya, semakan mendapati kejadian berlaku pada jam 9.39 pagi, semalam di mana laporan polis telah pun dibuat.

“Ketika kejadian, mangsa berusia 63 tahun sedang berjalan di tepi jalan sebelum beg tangannya disambar seorang penunggang motosikal dari belakang.

“Antara barangan yang dibawa suspek ialah wang tunai RM1,500, telefon bimbit dan dokumen peribadi lain. Mangsa tidak cedera dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun dan usaha mengesan suspek yang masih bebas sedang dijalankan. – COSMO! DALAM TALIAN

Jawatan Suspek rampas beg tangan sedang diburu polis muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Sharifah Hasidah: S’wak amat menitikberatkan pendidikan awal kanak-kanak

info

‘Kami hanya mengejar kemenangan’

info

Patuhi fatwa terlarang untuk menyambut Hari Kekasih

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy