Tiada kes cubaan culik di Kelantan
Berita

Tiada kes cubaan culik di Kelantan

Rate info.4d5d6d.com

KOTA BHARU – Dakwaan kes cubaan culik atau culik kanak-kanak di pekarangan beberapa sekolah di negeri ini yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini didapati tidak berasas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dakwaan mengaitkan individu mencurigakan berada di kawasan sekolah atau tempat tertentu sudah disiasat polis.

Menurutnya, semua dakwaan itu bagaimanapun tidak membawa kepada situasi cuba melarikan diri atau menculik kanak-kanak.

“Kita telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan menculik pelajar sekolah rendah di daerah Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

“Hasil siasatan mendapati individu yang dikatakan berada di kawasan sekolah itu tidak berniat untuk menculik sebaliknya mempunyai urusan lain.

“Bagi dakwaan kes penculikan di Kuala Krai, individu yang disyaki cuba menculik kanak-kanak itu rupa-rupanya adalah pekerja sebuah syarikat perkhidmatan penapis air yang mempunyai perniagaan kutipan bulanan daripada pelanggan di sana,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Muhamad Zaki, sehubungan itu, polis memohon kerjasama rakyat Kelantan khususnya warga maya agar menghentikan perbuatan menularkan dakwaan kes penculikan dan menimbulkan ketakutan masyarakat.

Katanya, orang ramai dinasihatkan merujuk kejadian dan dakwaan melalui sumber sahih termasuk daripada polis supaya tidak berlaku kekeliruan.

Tambahnya, individu yang terlibat dalam penyebaran berita tidak sahih boleh didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kegusaran orang ramai dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! DALAM TALIAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Penonton Blackpink masih tidak dapat melupakan konsert Siti Nurhaliza

info

Dikritik kerana mencari anak kucing untuk ‘makanan’ ular sawa

info

PDRM membuktikan mereka bukan pasukan yang boleh dibuli

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy