kongsi
BeritaUncategorized

Aaron, Soh Yik telah ‘betulkan’ sejarah badminton negara -Chong Wei

Rate info.4d5d6d.com

[ad_1]

PETALING JAYA – Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei melahirkan rasa bangga apabila pasangan beregu negara Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik berjaya menamatkan kemarau emas pada Kejohanan Badminton Dunia sebentar tadi.

Ini kerana menurut Chong Wei, sejak 1977 pasukan beregu negara gagal meraih pingat emas pada kejohanan itu.

“Sejak 1977, Malaysia hampir memenangi emas beberapa kali tetapi gagal melakukannya.

“Pelik, 11 negara sudah pun bergelar juara tetapi bukan Malaysia, percaya atau tidak Sweden, Amerika Syarikat dan Singapura pernah menjadi juara, tetapi bukan negara kita,” tulisnya di laman Facebooknya.

Menurut Chong Wei lagi, pasangan beregu terbabit bagaimanapun telah memperbetulkan sejarah dan mempamerkan aksi yang membanggakan rakyat Malaysia.

“Terima kasih Malaysia, kami juara. Terima kasih Aaron/Soh. Hadiah berharga untuk sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Chong Wei turut berkongsi kejayaan pasangan itu kepada anak-anaknya dan turut menasihati mereka supaya berlatih bersungguh-sungguh dan suatu hari nanti berada di podium kejuaraan.-KOSMO! DALAM TALIAN

[ad_2]

Source link

Related posts

Mindef mempunyai lima inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan ATM

info

Gempa bumi membunuh lebih 3,800 di Turki, Syria

info

Kadet Thai memecahkan rekod dunia dengan ritual seni mempertahankan diri beramai-ramai

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy