Kerana curang, isteri potong alat sulit suami ketika tidur
BeritaUncategorized

Kerana curang, isteri potong alat sulit suami ketika tidur

Rate info.4d5d6d.com

LUSAKA, Zambia – Seorang wanita di Zambia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas cuba memotong kemaluan suaminya ketika dia sedang tidur, lapor akhbar Daily Star semalam.

Berdasarkan perbicaraan mahkamah, Jimmy Ngulube, 43, dikatakan bangun tengah malam pada 4 Ogos lalu dengan sakit di bahagian pangkal paha.

Dia melihat isterinya, Given Chilufya sedang berdiri sambil memegang pisau berlumuran darah dan mengancam untuk membunuhnya.

Pasangan itu sedang tidur selepas bertengkar apabila Chilufya, 37, menuduh suaminya curang. Wanita itu kemudian bangun pada waktu malam dan memutuskan untuk membalas dendam.

Mangsa menghubungi abangnya untuk membawanya ke hospital, di mana kecederaan paling teruk dirawat.

Pihak polis turut dimaklumkan mengenai kes itu dan Chilufya kemudiannya ditahan.

Pada 26 Ogos, Hakim Mahkamah Majistret Kapiri Mposhi Arnold Kasongamulilo menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada Chilufya kerana mencederakan suaminya.

Chilufya merayu supaya hukuman diringankan tetapi hakim menegaskan bahawa dengan menyerang dan mencederakan suaminya seperti yang dilakukannya, dia telah menunjukkan niat yang jelas untuk membunuhnya. – Agensi

Source link

Related posts

Lima remaja tidak bersekolah ditahan kerana menceroboh masuk ke dalam sekolah

Tak siap pakai tudung takut tak tenteram – Vanidah Imran

SAYA SUKA MELANCONG

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy