Motosikal elektrik Yadea memasuki pasaran Indonesia
Berita

Motosikal elektrik Yadea memasuki pasaran Indonesia

5/5 - (1 vote)

070223 41 motor elektrik

070223 41 motor elektrik

JAKARTA: Jenama motosikal elektrik dari China, Yadea, kini disahkan di bawah syarikat automotif Indonesia, Indomobil Group.

Laporan Kompas.com, Yadea akan menyertai Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2023 yang akan berlangsung dari 16 hingga 26 Februari.

Yadea ialah jenama pengeluar motosikal elektrik terkemuka dengan jualan global yang mengagumkan.

Sehingga 2021, jualannya dianggarkan melebihi 13.8 juta unit dan angka itu menjadikan Yadea pengeluar motosikal elektrik paling laris di China dan dunia.

Sebelum memasuki Indonesia, motosikal elektrik Yadea telah dijual di 90 negara di pelbagai pelusuk dunia dengan jumlah pengguna 60 juta.

Pengarah Emotor Antarabangsa Indomobil, Gerry Kertowidjojo berkata, Yadea akan memberi kejutan menarik kepada pengunjung pameran dengan produk unggulnya.

“Industri automotif Indonesia mula bergerak ke arah elektrifikasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila pasaran motosikal elektrik di Indonesia terus berkembang, bukan sahaja di bandar-bandar besar.

“Atas sebab itu, Kumpulan Indomobil komited untuk memperkenalkan pilihan kenderaan elektrik terbaik yang memenuhi keperluan dan cita rasa pengguna di negara ini,” katanya.

Pada pameran IIMS 2023, Kumpulan Indomobil turut menawarkan program menarik bagi pemilikan basikal elektrik dan motosikal elektrik dalam bentuk ansuran tanpa faedah selama 12 bulan.

Jawatan Motosikal elektrik Yadea memasuki pasaran Indonesia muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

BITe Expo 2023 menyasarkan 620 usahawan francais baharu

info

Banjir: Johor hampir pulih sepenuhnya, hanya 163 mangsa dalam 4 PPS

info

Lelaki ditahan berhubung kebakaran kecil di pintu masuk bank Sibu

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy