Banjir: Johor hampir pulih sepenuhnya, hanya 163 mangsa dalam 4 PPS

Banjir: Johor hampir pulih sepenuhnya, hanya 163 mangsa dalam 4 PPS

Rate info.4d5d6d.com

WhatsApp Image 2023 02 07 at 10.47.56 AM

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini hampir pulih sepenuhnya apabila hanya tinggal 163 penduduk yang masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi setakat 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa terdiri daripada 44 keluarga.

Menurutnya, jumlah itu menunjukkan penurunan ketara jika dibandingkan dengan 420 mangsa yang direkodkan pagi semalam.

“Bagaimanapun, tiga daerah masih mempunyai PPS beroperasi iaitu Batu Pahat, Segamat dan Mersing.

“Batu Pahat menempatkan seramai 130 mangsa daripada 34 keluarga di dua PPS, manakala di Segamat, 26 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di satu PPS dan Mersing tujuh mangsa daripada satu keluarga ditempatkan di satu PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), satu jalan masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai akibat tanah runtuh.

“Tambahan pula, Sungai Bekok di Batu Pahat masih mencatatkan bacaan paras air berbahaya. Dalam pada itu, Segamat, Mersing, Kluang dan Kota Tinggi menunjukkan amaran hujan berterusan pada tahap berjaga-jaga,” jelasnya.-KOSMO! DALAM TALIAN

Jawatan Banjir: Johor hampir pulih sepenuhnya, hanya 163 mangsa dalam 4 PPS muncul pertama kali pada Kosmos Digital.



KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL