Miguel Oliveira memberi tumpuan untuk mendapatkan mesin Aprilia RS-GP yang serasi
Berita

Miguel Oliveira memberi tumpuan untuk mendapatkan mesin Aprilia RS-GP yang serasi

5/5 - (1 vote)

RNF

LONDON – Pelumba Portugis Miguel Oliveira enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi kerana dia bakal membuka lembaran baharu bersama pasukan satelit Aprilia, Pasukan MotoGP RNF.

Bekas pelumba KTM itu menegaskan dia mahu mendapatkan keserasian dengan jentera Aprilia RS-GP terlebih dahulu sebelum meletakkan sasaran pada perlumbaan MotoGP 2023.

Justeru, Oliveira mahu menggunakan peluang untuk menguji jentera RS-GP menjelang aksi pramusim yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 hingga 12 Februari ini.

“Anda sentiasa berharap pelumba dapat menyesuaikan diri dengan jentera dan pastinya saya juga mempunyai harapan itu sebaik melangkah ke pasukan baharu ini.

“Buat masa ini, kami perlu bertenang, jangan terlalu tergesa-gesa dan berpegang kepada misi utama kerana banyak perkara perlu dilakukan pada pramusim nanti.

“Memulakan musim dengan mantap adalah matlamat pasukan ini, tetapi perlu diingat pasukan ini akan bermula dengan jentera baharu dan juga terdiri daripada pelumba baharu.

“Sudah tentu keadaan lebih positif jika kami rapat dengan pasukan utama Aprilia, Aleix Espargaro dan Maverick Vinales dalam saingan ini. Saya berharap dapat melakukan yang terbaik dengan jentera baharu ini” kata Oliveira.

Menjelang saingan MotoGP 2023, Oliveira yang akan bergandingan dengan Raul Fernandez akan turun menguji ‘fairing’ baharu di Sepang sebelum memutuskan sama ada mahu menggunakan komponen itu pada musim baharu atau sebaliknya. – AGENSI

Jawatan Miguel Oliveira memberi tumpuan untuk mendapatkan mesin Aprilia RS-GP yang serasi muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Wanita di Sibu tersangkut tangan dalam mixer

info

Kementerian mahu lebih banyak EV mampu milik dibawa masuk ke negara ini

info

Ibu trauma, anak dihampiri lelaki tidak dikenali di taman permainan

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy