Francais BITe 2023
Berita

BITe Expo 2023 menyasarkan 620 usahawan francais baharu

5/5 - (1 vote)

Francais BITe 2023

Francais BITe 2023

SHAH ALAM: Sejumlah RM11 juta pakej termasuk bantuan daripada Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) ditawarkan menerusi sasaran sekurang-kurangnya 620 bakal usahawan atau francaisi dalam Ekspo Transformasi Perniagaan (BITe) 2023 mulai hari ini hingga esok.

Seramai 64 pempamer termasuk francaisor menyertai ekspo itu bagi memberi peluang kepada mana-mana individu yang ingin menjadi usahawan dalam sektor itu dengan mengembangkan perniagaan francaisor menerusi pembukaan lebih banyak cawangan di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, sektor francais menunjukkan perkembangan baik apabila usahawan dalam sektor itu juga dijangka melepasi sasaran.

“Ini menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan, saya harap bukan sahaja 620 orang yang kita jangkakan tetapi lebih ramai lagi.

“Itulah peranan Pernas yang akan terus memberi bimbingan dan sokongan termasuk pembiayaan dan sebagainya supaya lebih ramai usahawan khususnya golongan muda menyertai sektor francais,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan BITe 2023, hari ini.

Sejak Program Transformasi Perniagaan (BIT) diperkenalkan pada 2013, sebanyak 140 syarikat daripada pelbagai sektor telah mendaftar dalam program itu, malah 1,400 usahawan pra-francais berjaya dilahirkan dan memberi peluang pekerjaan kepada lebih 2,800 orang.

Dalam pada itu, Ewon turut memaklumkan KUSKOP memperuntukkan RM50 juta untuk skim pembiayaan bagi francaisi dan francaisor, pemberi lesen dan lesen, program BIT dan Skim Recurve.

“Menerusi program BIT, peniaga mikro dan kecil ini dibimbing meliputi usaha menaik taraf perniagaan mereka dari segi imej, kualiti perkhidmatan dan konsep perniagaan.

“Saya percaya program BIT membolehkan mereka menjalankan perniagaan dengan lebih kompetitif dan cekap. Dengan sistem dan struktur operasi yang kukuh dan sistematik, pembangunan perniagaan berskala kecil ini dapat dipromosikan di samping dapat mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada orang ramai. ,” katanya.

Tambahnya, KUSKOP melalui Pernas turut menyasarkan pembiayaan sebanyak RM4.5 juta untuk membangunkan 24 pra-francais dan 240 pra-francais (RM2 juta) serta pelaksanaan latihan modal insan melalui Program BIT. – UTUSAN

Jawatan BITe Expo 2023 menyasarkan 620 usahawan francais baharu muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

OnlyOneOf terlibat dalam kemalangan di Jepun

info

Skuad tinju Sarawak adalah juara keseluruhan negara

info

Pengarah urusan Jepun itu ditemui mati digantung

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy