
PETALING JAYA – Sejurus percintaan Aliff Aziz dengan Sophia Albarakbah reda, pelakon sensasi itu sekali lagi menarik perhatian apabila memuat naik gambar mesra seorang lelaki sedang memeluknya di Instagram miliknya semalam.
Menerusi perkongsian itu, Sophia, 30, bagaimanapun mengaburi wajah lelaki yang memeluknya dari belakang.
Difahamkan, gambar itu diambil bersama lelaki bertopi dan berjanggut ketika berada di panggung wayang.
“Masa untuk menonton filem,” kata pelakon filem Miimaland itu ringkas.
Tulisan itu sekali gus memberi bayangan hubungannya dengan teman lelakinya kerana sebelum ini pernah berkongsi kepada umum bahawa ia masih baik walaupun dihambat kontroversi dengan seorang pelakon yang bergelar suami orang.
Terdahulu, nama Sophia terlibat dengan dakwaan menganggu rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff apabila dikatakan telah mengaku bercinta dengan pelakon itu selepas bekerjasama dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Sehingga hari ini, Sophia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mempertahankan dirinya terhadap dakwaan tersebut. – COSMO! DALAM TALIAN
Jawatan Peramah, siapa peluk Sophia AlBarakbah? muncul pertama kali pada Kosmos Digital.
KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL