
SEREMBAN – Empat suspek bertopeng bersenjatakan parang diburu polis selepas terbabit dalam tiga kes samun di rumah sekitar Rantau dan Mambau di sini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima tiga laporan daripada mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita kira-kira jam 8 pagi hingga 8.38 pagi tadi berhubung kejadian samun dipercayai dilakukan suspek sama.
“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian kesemua mangsa berada di dalam rumah masing-masing berehat dan keempat-empat suspek memasuki rumah itu dengan memanjat pagar dan masuk melalui pintu utama yang tidak berkunci.
“Suspek bertopeng dan bersenjatakan parang mencuri sebuah kereta jenis Toyota Vios, barang kemas dan wang tunai milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zafira Mohd. Yusop di talian 013-2386281. – COSMO! DALAM TALIAN
Jawatan Empat suspek bertopeng bersenjatakan parang sedang diburu polis muncul pertama kali pada Kosmos Digital.
KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL