Lapan maut, dua bot yang membawa pendatang terbalik di San Diego
Berita

Lapan maut, dua bot yang membawa pendatang terbalik di San Diego

5/5 - (1 vote)

32107542 web1 20230312120336 640e0003b853773905e41737jpeg 640x427 1

32107542 web1 20230312120336 640e0003b853773905e41737jpeg 640x427 1

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh apabila dua bot yang disyaki membawa warga asing terbalik di San Diego, di pantai selatan California.

Laporan AFPKetua Penyelamat San Diego, James Gartland berkata, sehingga kini, tidak jelas punca kemalangan malam itu.

Bagaimanapun, katanya, kawasan itu dianggap berbahaya berikutan beting pasir dan arus deras.

“Kami kehilangan lapan nyawa. Ini adalah salah satu tragedi penyeludupan maritim paling teruk yang boleh saya fikirkan di California, pastinya di sini di bandar San Diego,” kata Gartland dalam sidang akhbar.

Gartland berkata seorang penutur bahasa Sepanyol menelefon 911 sebelum tengah malam Sabtu mengatakan terdapat kira-kira 23 orang dalam dua bot terbuka, lapan dalam satu dan 15 dalam satu lagi.

Kedua-dua bot itu terbalik di pantai Torrey Pines di San Diego, sebuah bandar berhampiran sempadan Mexico.

Menurut Gartland, pasukan penyelamat tidak menemui mangsa yang terselamat, tetapi sebahagian daripada mereka mungkin sudah meninggalkan pantai pada masa responden pertama tiba di tempat kejadian.

Kesemua yang maut dilaporkan sebagai orang dewasa, tetapi tiada butiran lanjut mengenai kewarganegaraan mereka tersedia.

Komander sektor untuk pengawal pantai San Diego, James Spitler, berkata sebuah bot kecil dengan ramai penumpang terbalik dalam ombak manakala bot lain berjaya sampai ke pantai.

Spitler berkata terdapat peningkatan 771 peratus dalam pemerdagangan manusia yang direkodkan di wilayah pantai selatan California sejak 2017 dengan 23 nyawa terkorban di laut.

Sebilangan besar pendatang dari Amerika Selatan dan Tengah menyeberangi sempadan Amerika Syarikat (AS) secara rahsia dan mereka sering mengambil risiko besar dengan harapan untuk sampai ke AS.

San Diego terletak berhampiran dengan sempadan AS-Mexico.

Jawatan Lapan maut, dua bot yang membawa pendatang terbalik di San Diego muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Uggah: JPS mengenal pasti sungai yang memerlukan pembersihan untuk menangani banjir kilat di S’wak

info

Penyiasat: Putin mempunyai peranan aktif dalam menembak jatuh Penerbangan MH17

info

Seorang lelaki dikecam kerana meminta rakan menanggung kos meminang kekasih

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy