Restoran Hameediyah memperkenalkan Menu Rahmah RM5 pada bulan hadapan
Berita

Restoran Hameediyah memperkenalkan Menu Rahmah RM5 pada bulan hadapan

5/5 - (1 vote)

58bdce1c 0cba 4aec a3ca a71876242d9e

58bdce1c 0cba 4aec a3ca a71876242d9e

GEORGE TOWN: Restoran nasi kandar tertua popular di negeri ini, Restoran Hameediyah turut menyahut saranan Kerajaan Perpaduan untuk memperkenalkan Menu Rahmah dalam rangkaian restoran mereka bermula awal bulan depan.

Pengurus Restoran Hameediyah Lebuh Campbell, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata, menerusi Menu Rahmah berharga RM5, pengunjung boleh menikmati hidangan ayam, sayur dan nasi putih, malah turut menyediakan air sirap kepada pelanggan.

“Kami sememangnya merancang untuk memperkenalkan menu mampu milik kepada pelanggan sebelum kerajaan mencadangkan peniaga menyediakan Menu Rahmah kepada orang ramai.

“Kami berharap menu ini akan membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati hidangan menarik pada harga berpatutan di restoran kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, Menu Rahmah akan diperkenalkan pada hari-hari tertentu di restoran berkenaan, namun pelanggan perlu dimaklumkan lebih awal bahawa saiz hidangan berbeza daripada hidangan biasa.

“Kami mungkin akan meletakkan Menu Rahmah ini pada hari bekerja, bukan pada hujung minggu atau cuti umum.

“Saiz hidangan menu ini akan lebih kecil berbanding hidangan biasa di restoran memandangkan soal kos juga perlu diambil kira,” katanya.

Tambahnya, beliau mengakui kenaikan kos bahan mentah ketika ini merupakan cabaran besar yang terpaksa dihadapi peniaga dalam menghidangkan makanan pada harga murah.

“Soal kos memang tinggi, tetapi kita tahu tidak semua pelanggan mampu membeli hidangan pada kadar biasa yang dijual di restoran.

“Jadi dengan Menu Rahmah ini, kita dapat membantu menyumbang kembali kepada masyarakat walaupun terpaksa menyerap kos bahan mentah yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pemilik restoran Nasi Kandar, Muhammad Azmin Mohamed Maidin berkata, dia tidak dapat menghidangkan Menu Rahmah di restorannya memandangkan kos bahan mentah yang tinggi ketika ini.

“Restoran saya agak kecil dan kami tidak mampu menyerap kos bahan mentah yang tinggi buat masa ini, mungkin pada masa yang sesuai kami akan memperkenalkan Menu Rahmah ini,” katanya. – UTUSAN

Jawatan Restoran Hameediyah memperkenalkan Menu Rahmah RM5 pada bulan hadapan muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Northport menerima peralatan terminal dari Jepun

info

ATM menerima peruntukan RM10 juta untuk membeli aset tahan banjir

info

Tiada akta khusus, susah nak pantau Airbnb di Melaka

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy